Perang Dunia I dan zaman antara perang Kurt_Zeitzler

Dilahirkan di Goßmar dalam Provinsi Brandenburg, Zeitzler berasal dari keluarga paderi. Pada usia 18 tahun beliau menyertai Rejimen Ke-4th Infantri Thuringia Tentera Darat Jerman pada 23 Mac 1914. Lima bulan kemudian negara Jerman berperang. Zeitzler dinaikkan pangkat ke Leftenan pada Disember, 1914, dan memerintah berbagai unit, termasuk sebuah detasmen perintis. Pada pengakhiran perang beliau adalah seorang ajutan rejimen.

Zeitzler telah dipilih sebagai salah seorang dari 4,000 pegawai yang terpilih untuk kekal berkhidmat dalam Reichswehr, iaitu tentera kecil Jerman yang dibenarkan di bawah batasan Persetiaan Versailles. Beliau telah dinaikkan pangkat ke Kapten pada Januari 1928. Pada tahun 1929 beliau memulakan perkhidmatan tiga tahun sebagai pegawai staf 3 Divisyen. Pada Februari 1934 beliau ditukarkan ke Reichswehrministerium ("Kementerian Pertahanan" Republik Weimar) dan mendapat kenaikkan pangkat ke Mejar. Pada tahun 1937 beliau menjadi pegawai staf dalam jabatan operasi bagi Oberkommando des Heeres (OKH), iaitu markas besar Tentera Darat Jerman. Pada April 1939 beliau mengambil alih pemerintahan Rejimen Ke-60 Infantri, dan dinaikkan pangkat ke Kolonel penuh pada Jun.